Pengertian dan Syarat-syarat Mufassir
- Pengertian
Mufassir
Mufassir adalah orang yang memiliki kapabilitas
sempurna yang denganya ia mengetahui maksud Allah dalam al-Qur’an sesuai dengan
kemampuanya. Ia melatih dirinya diatas manhaj para mufassir dengan mengetahui
banyak pendapat mengenai tafsir kitabullah. Selain itu, ia menerapkan tafsir
tersebut baik dengan mengajarkanya atau menuliskanya. Sejarah telah mencatat
bahwa dikalangan sahabat banyak orang ahli tafsir. Namun, demikian yang terkenal
diantara mereka hanya 10 orang : khalifah empat, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas dkk. [1]
- Pengertian
Syarat-syarat Mufassir
Pengertian syarat Mufassir adalah jalur serta rel
sahnya seorang menafsirkan al-Qur’an, syarat amat sangat urgen bagi siapa pun
yang ingin menafsirkan sebuah ayat apalagfi menafsirkan al-Qur’an secara
keseluruhan. Setiap disiplin ilmu pengetahuan membutuhkan sebuah syarat sebagai
penunjang utama dalam langkah menuju objektif.
- Syarat-syarat
Mufassir
Pra ulam telah menyebutkan syarat-syarat yang harus
dimiliki setiap mufassir adlah sebagai berikut ;
A. Akidah
yang benar. Akidah sangat berpengaruh terhadap jiwa pemiliknya dan
seringkali mendorongnya untuk mengubah
nash-nash dan berkhianat dalam menyampaikan berita.
B. Bersih
dari hawa nafsu, hawa nafsu akan mendorong pemiliknya untuk membela kepentingan
mahdzabnya sehingga ia menipu manusia dengan kata-kata halus dan keterangan
menarik seperti yang dilakukan golongan Qoddariyah, Syiah, Mu’tazilah dan
teman-temanya.
C. Menafsirkan
lebih dahulu al-Qur’an dengan al-Qur’an, karena sesuatu yang masih globalpada
suatu tempat terinci ditempat lain dan sesuatu yang diungkapkan secara ringkas
disuatu tempat telah diuraikan ditempat lain.
D. Mencari
penafsiran dari sunnah, karena sunnah berfungsi sebagai pensyarah Qur’an dan
penjelasanya
E. Meninjau
dari segi pendapat para sahabat karena mereka lebih mengetahui tentang tafsir
al-Qur’an.
F. Pengetahuan
bahasa arab dan segala cabangnya, karena Qur’an diturunkan didalam lingkungan
Arab, maka konsekuensi logisnya mufassir harus menguasai betul bahasa arab.
G. Pengetahuan
tentang pokok-pokok ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’an, seperti ilmu Qiraah
dan sebagainya.
H. Pemahaman
yang cermat sehingga mufassir dapat mengukuhkan sesuatu makna atas yang lain
atau menyimpulkan makna yang sejalan dengan nash-nash syariat.
- Adab-adab
Mufassir
Beberapa
adab yang baik juga telah ditetapkan ke atas para Mufassir membolehkan mereka
mentafsirkan ayat-ayat al-Qur’an, antaranya:
1. Niat dan tujuan yang baik,
kerana setiap amal perbuatan bergantung kepada niat. Orang-orang yang
melibatkan diri dalam pentafsiran Al-Qur’an perlu memiliki adab ini dan perlu
menjauhkan diri daripada tujuan-tujuan duniawi yang akan mengheret mangsanya ke
arah kehinaan.
Daripada Amiril Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a., katanya "Aku
dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, hanya segala amal itu dengan niat dan hanya
bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada
Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa
hijrahnya kepada dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin
dinikahinya,maka hijrahnya kepada akan yang ia inginkan."(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
2. Berakhlak mulia kerana mufassir
adalah bagaikan seorang pendidik yang didikannya tidak akan mempengaruhi jiwa
seseorang selama ia tidak menjadi role model kepada masyarakat meneruskan budi
pekerti yang mulia.
Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang
berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya
memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu
dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang
baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah
sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan
tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau
bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.
Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan
bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh
unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu
runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang
terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di
dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.
Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan
nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia.” (Riwayat
al-Baihaqi
3. Taat dan beramal kerana sesuatu
ilmu akan mudah diterima oleh orang-orang yang mempraktikannya berbanding dengan
orang-orang yang hanya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi tetapi tidak
beramal dengannya. Tingkah laku yang mulia hasil daripada ilmu pengetahuan dan
amalannya akan menjadikan seseorang mufassir sebagai sumber inspirasi yang baik
kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah-masalah agama sebagaimana yang
disarankan olehnya.
“Jika mereka beramal dengan apa yang diturunkan oleh Allah nescaya Dia menjamin
rezeki mereka dengan menurunkan hujan, hasil bumi yang berkat kepada mereka
sebagai kurniaan Allah, sebagaimana firman-Nya kepada orang-orang yang beriman
yang bermaksud: "Kalaulah penduduk negeri itu beriman dan bertakwa nescaya
Kami bukakan kepada mereka keberkatan yang datang dari langit dan bumi."
(Surah al-Anfal: 96)
4. Berjiwa mulia, kerana seseorang
yang mempunyai pengetahuan yang tinggi perlu menjauhkan diri daripada
perkara-perkara remeh dan tidak pula mengharapkan pangkat dan penghormatan
manusia.
Al-Qur`an mengkhabarkan kepada kita bahawa manusia beriman pada kenyataannya
adalah orang-orang yang sangat bermurah hati. Akan tetapi, konsep Al-Qur`an
tentang akhlaq mulia agak berbeza dari yang secara umum ditemukan dalam
masyarakat. Manusia mewarisi sifat santun dari keluarga mereka atau menyerapnya
dari lingkungan masyarakat sekitar. Akan tetapi, pengertian ini berbeza dari
satu strata ke strata lain. Wujud keluhuran budi yang berlandaskan nilai-nilai
qur`ani, walau bagaimanapun, melebihi dan di atas nilai dari pemahaman mana
pun, kerana ia tidak akan pernah berubah, baik oleh keadaan maupun manusia.
Mereka yang menyerap unsur akhlaq mulia, sebagaimana pandangan Al-Qur`an,
memandang setiap manusia sebagai hamba-hamba Allah, dan kerana itu
memperlakukan mereka dengan segala kebaikan, walaupun tabiat mereka mungkin
saja tidak sempurna. Orang-orang semacam ini menjauhi penyimpangan dan tingkah
laku yang tidak patut, teguh dalam pendirian, bahwa berketetapan dalam kebaikan
mendatangkan kasih sayang Allah, sebagaimana ditandaskan dalam sebuah hadis,
"Allah itu baik dan menyukai kebaikan dalam segala hal." (HR Bukhari
dan Muslim)
5. Bersikap tawadu` dan lemah
lembut kerana kesombongan ilmiah adalah dinding yang menghalangi seseorang yang
berilmu daripada memanfaatkan ilmunya kepada dirinya sendiri dan juga orang
lain.
Lawan dari sifat tawadhu’ adalah takabbur (sombong), sifat yang sangat dibenci
Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain.”
(Shahih, HR. Muslim no. 91 dari hadis Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu).
6. Tegas dalam menyampaikan kebenaran kerana jihad yang paling utama ialah
menyampaikan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim. Sebagai contoh kita
lihatlah keteguhan dan ketegasan Ibnu Taimiyah dalam menyampaikan ajaran Islam
ketika berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan golongan-golongan lain
yang banyak menentang dakwahnya:
“Pendapatnya itu menimbulkan polemik di kalangan ulama, termasukmereka yang
tidak suka dengan Ibnu Taimiyah. Karena ketegasan sikapnya dankuatnya
dalil-dalil naqli dan aqli yang dijadikannya sebagaihujjah(argument i), ia tak
segan-segan melawan arus. Ulama yangtidak suka dengannya kemudian menyebutnya
sebagai ahlul bid'ah dan pembuat kerosakan dalam syariat.
Ibnu Taimiyah juga banyak dikecam oleh ulama Syiah dan menyebutnya sebagaiorang
yang tidak suka terhadap ahlul bayt (keturunan Rasul dari Fatimah RAdan Ali bin
Abi Thalib RA). Ia juga banyak dikecam oleh para ulama wahabidengan
menganggapnya sebagai seorang ulama yang merosakkan akidah Islam.Kerana dianggap
berbahaya, termasuk oleh penguasa setempat, ia kemudiandizalimi dan dimasukkan
ke dalam penjara. Di penjara, ia justeru merasakankedamaian, sebab lebih bebas
mengungkapkan fikirannya danmengmbangkannya dalam tulisan-tulisan. Beberapa
karyanya berasal dariidea-ideanya selama berada di dalam penjara.
Di penjara, ia juga banyak menyampaikan persoalan-persoalan keagamaan.Hingga
akhirnya, banyak yang belajar kepadanya. Beberapa diantaranya, yang diputuskan
bebas dan berhak keluar dari penjara, malahmenetap dan berguru kepadanya.
Ia wafat di dalam penjara *Qal'ah Dimasyqy* pada 20 Dzulhijah 728 H (1328M),
dan disaksikan salah seorang muridnya, Ibnu al-Qayyim. BersamaNajamuddin
At-Tufi, mereka dijuluki sebagai trio pemikir bebas. IbnuTaimiyah berada di
dalam penjara selama 27 bulan (dua tahun tiga bulan)lebih beberapa hari.
Selama di penjara, Ia tidak pernah mahu menerima pemberian apa pun
daripenguasa.
7. Mendahulukan orang-orang yang
lebih utama daripada dirinya sendiri. Seseorang mufassir seharusnya tidak gugup
untuk mentafsirkan ayat-ayat Al-Qur’an di hadapan mufassir yang lebih pandai
pada masa mereka masih hidup. Juga tidak wajar merendahkan mufassir lain
setelah mereka meninggal dunia.
8. Menggaris dan mengemukakan
langkah-langkah penafsiran secara ilmiah dan sistematik, seperti memulakannya
dengan menyebut asbab al-nuzul, erti perkataan, menerangkan susunan perkataan,
memberi penerangan kepada aspek-aspek balaghah dan i`rab yang mana penentuan
makna bergantung kepadanya, menjelaskan makna umum dan menghubungkannya dengan
kehidupan sebenarnya yang dialami oleh umat manusia pada masa itu serta membuat
kesimpulan dan menentukan hukum. Sebagai contoh:
“Sila kaji apa kata para imam, terutamanya imam-imam mazhab tentang larangan
mereka dalam mengikut pendapat mereka, sekiranya ada terdapat pendapat-pendapat
mereka yang tidak bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah. Pastinya,
kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh imam-imam mazhab ini telah
membuktikan bahawa mereka tidak mahu para pengikut pendapat mereka menjadi
ta’sub terhadap pendapat-pendapat imam-imam ini. ketaksuban seperti ini boleh
menyebabkan berlakunya penerimaan negatif terhadap pendapat-pendapat yang
dikeluarkan oleh orang lain, meskipun pendapat-pendapat lain tersebut ternyata
lebih kuat. Alangkah baiknya tahap kesedaran yang dimiliki oleh imam-imam
cerdik pandai ini, bahawa dalam mengeluarkan pendapat, tidak semestinya
pendapat mereka itu 100% betul. Kata-kata para imam ini juga membuktikan mereka
sangat bertoleransi dalam menerima perbezaan pendapat; mereka tidak suka untuk
menunjukkan pendapat mereka betul, mereka hanya mahukan pendapat yang paling
kuat tanpa mengambil kira siapakah yang mengeluarkan pendapat tersebut”.[2]
- Syarat-syarat
yang Diperlukan Dalam Menafsirkan al-Qur’an dengan Ilmu-ilmu Adab dan umum
Tidakklah
dapat kita memperoleh kesan-kesan yang indah yang telah diterangkan itu,
terkecuali apabila kita dapat memelihara hal-hal yang dibawah ini :
a. Janganlah
sampai pembahasan-pembahasan ilmiah itu memalingkan kita dari maksud pokok mempelajari
Qur’an, yaitu mengambil petunjuk dan pengajaran. Apabila kita terlalu
berlebih-lebihan dalam membicarakan ilmu-ilmu bahasa dan ilmu-ilmu umum, maka
kadang-kadang berbalik keadaan dari yang dimaksudkan, dan tafsir kita itu tidak
menjadi tafsir lagi, bahkan dia telah merupakan kitab ilmu, bukan lagi kitab tafsir.
b. Hendaklah
kita memperhatikan keadaan masa sekarang dan masyarakatnya, karena
pembahasan-pembahsan yang mengenai ilmu umum dan bahasa itu, terkadang-kadang
memang sangat diperlukan, yaitu apabila kita perlu mensyarahkan Qur’an dengan
ilmu-ilmu itu, atau apabila kita menghadapi golongan yang sangat tertarik
hatinya kepada ilmu balaghoh.
c. Hendaklah
pembahasan-pembahasan itu kita sebutkan secara yang dapat menarik umat Islam
untuk dapat bergerak dan berusaha dalam mempelajari Qur’an dan mengambil
manfaat dengan kekuatan yang Allah letakkan dialam yang luas ini.[3]
I.
Penutup
Mufassir adalah orang yang memiliki
kapabilitas sempurna yang denganya ia mengetahui maksud Allah dalam al-Qur’an
sesuai dengan kemampuanya. Ia melatih dirinya diatas manhaj para mufassir
dengan mengetahui banyak pendapat mengenai tafsir kitabullah. Selain itu, ia
menerapkan tafsir tersebut baik dengan mengajarkanya atau menuliskanya. Sejarah
telah mencatat bahwa dikalangan sahabat banyak orang ahli tafsir. Namun,
demikian yang terkenal diantara mereka hanya 10 orang : khalifah empat, Ibnu
Mas’ud, Ibnu Abbas dkk.
That's good.... Give me a motivation 😉
ReplyDelete